Posted in

Cara Pilih PC Gaming Bajet di Malaysia

Posted in

Membina atau membeli PC gaming bajet merupakan impian ramai gamer di Malaysia, terutamanya bagi mereka yang baru bermula atau yang ingin upgrade dari laptop ke desktop. Namun, dengan begitu banyak pilihan di pasaran dan pelbagai istilah teknikal seperti GPU, processor, SSD, PSU, dan sebagainya, proses pemilihan boleh jadi agak mengelirukan. Dalam artikel ini, kami di Sawada Technology akan kongsikan panduan lengkap cara memilih PC gaming bajet yang sesuai untuk anda tanpa membazir duit dan tanpa kompromi dari segi prestasi.

1. Tetapkan Bajet Anda Dahulu

Langkah pertama yang paling penting adalah untuk tetapkan bajet anda. Untuk entry-level gaming PC, anda boleh mula serendah RM2,000 – RM3,000 untuk game ringan seperti Valorant, Dota 2, CS2 atau League of Legends. Namun, jika anda mahukan performance yang lebih stabil untuk game seperti GTA V, Call of Duty, atau Cyberpunk 2077, anda mungkin perlu peruntukkan bajet sekitar RM4,000 – RM5,500.

Tips penting: Tetapkan bajet maksimum, dan beri ruang lebih untuk upgrade kecil seperti tambah RAM atau tukar ke SSD yang lebih laju.

2. Pilih Processor yang Sesuai (CPU)

Processor atau CPU (Central Processing Unit) adalah otak kepada komputer anda. Untuk gaming bajet, anda boleh pilih antara:

  • AMD Ryzen 5 5600G / 5600X
  • Intel Core i5-12400F / i5-13400F

Kedua-dua pilihan ini cukup power untuk handle kebanyakan game 1080p. Elakkan ambil processor lama generasi ke-7 ke bawah kerana prestasinya tidak lagi relevan dengan game baru.

Nota: Pastikan CPU anda tidak menjadi bottleneck kepada kad grafik (GPU).

3. Kad Grafik (GPU) – Komponen Terpenting untuk Gaming

GPU atau kad grafik adalah jantung kepada prestasi visual dalam PC gaming. Tanpa GPU yang baik, grafik dalam game akan nampak kasar dan frame rate pun tak stabil. Tahun 2025, pilihan GPU bajet dan mid-range semakin banyak, dan berikut antara yang paling berbaloi di pasaran Malaysia sekarang:

  • AMD Radeon RX 7600 – antara GPU bajet terbaik untuk gaming 1080p. Prestasi tinggi, suhu rendah, dan harga sekitar RM1,400–RM1,600.
  • NVIDIA RTX 4060 – pilihan popular untuk gamer yang nak main game berat dengan sokongan DLSS 3. Sesuai untuk game kompetitif dan grafik tinggi.
  • AMD RX 7600 XT / NVIDIA RTX 4060 Ti – untuk anda yang ada bajet lebih, dua ni sangat sesuai untuk gaming 1440p yang lebih lancar dan future-proof.

Untuk gamer yang masih belum mampu beli GPU dedicated, anda boleh mula dulu dengan APU seperti AMD Ryzen 5 5600G, yang ada grafik terbina (integrated graphics). Ia cukup untuk main game ringan seperti Valorant, CS2 atau Mobile Legends versi emulator. Bila ada bajet lebih nanti, baru tambah GPU dedicated untuk naikkan prestasi.


4. RAM – Jangan Kurang dari 16GB

RAM berfungsi untuk menyimpan data sementara semasa anda bermain. Untuk gaming sekarang, minimum RAM adalah 16GB DDR4. Kalau anda guna 8GB, prestasi mungkin terganggu terutamanya bila buka game berat atau sambil buka Discord, browser, dan software lain.

Tips: Pastikan ambil dual-channel RAM (contohnya 2 x 8GB), kerana ia lebih laju dari 1 x 16GB.


5. Penyimpanan – SSD vs HDD

Untuk loading game yang cepat, SSD (Solid State Drive) sangat penting. Kami sarankan:

  • SSD 500GB untuk sistem operasi dan game utama
  • Tambah HDD 1TB jika anda simpan banyak file, video atau game lama

Windows dan game berat seperti Warzone atau Elden Ring akan load lebih laju atas SSD berbanding HDD.


6. Motherboard – Pastikan Sesuai dengan CPU

Motherboard tak perlu mahal. Apa yang penting, ia serasi dengan CPU anda dan menyokong ciri asas:

  • Untuk AMD Ryzen: chipset B550 atau A520
  • Untuk Intel 12th/13th Gen: chipset B660 atau H610

Jangan lupa semak slot RAM, sokongan SSD NVMe, dan port USB yang mencukupi.


7. Power Supply (PSU) – Jangan Kedekut di Sini

Ramai pengguna silap bila pilih PSU. Jangan beli PSU cap ayam. Gunakan PSU 80+ Bronze certified dari jenama yang dipercayai seperti Cooler Master, FSP, SilverStone atau Corsair.

  • Untuk setup bajet, PSU 500W – 600W sudah memadai
  • Kalau anda plan untuk upgrade GPU ke RTX 4070 atau ke atas, pilih 650W ke atas

8. Casing – Airflow & Cable Management

Walaupun casing nampak macam tak penting, sebenarnya ia bantu jaga suhu PC anda. Pilih casing yang ada airflow bagus, ada kipas depan dan belakang, serta ruang untuk cable management.

Tak perlu casing ada lampu RGB kalau bajet ketat – fungsi lebih penting dari rupa.


9. Monitor, Keyboard & Mouse – Pilih ikut bajet

  • Untuk gaming 1080p, monitor 24-inch 75Hz – 144Hz sudah cukup
  • Keyboard dan mouse? Kalau tak mampu beli mechanical, guna combo murah pun tak ada masalah asal selesa

10. Pilih Beli Prebuilt atau Custom?

Di Sawada Technology, kami sediakan dua pilihan:

  • PC Custom – Anda boleh pilih setiap komponen ikut bajet dan keperluan. Kami akan pasang dan test untuk anda.
  • PC Prebuilt – Pilihan lebih mudah dan cepat, dengan jaminan penuh dan spesifikasi yang kami rekomen untuk gaming.

Nak Taknak Pening Kepala?

Boleh terus tengok pilihan terbaru mereka di laman PC Pakej Terkini:
Sawada Technology – New Arrivals & PC Set Custom

Klik sahaja, tengok model mana sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

Join the conversation

SHOPPING BAG 0
RECENTLY VIEWED 0
Aiman

Aiman

Typically replies within an hour

I will be back soon

Aiman
Hey there 👋
Tanya specs pc ikut bajet anda.
Start Chat with:
chat